Wednesday 7 December 2011

Makanan pelik + jijik di dunia

Dunia telah kekurangan makanan ke sehinggakan org2 ni sggup nk mkn benda jijik camtu...Sumpah !! kalau ak diberi free pn...ak takkan sentuh makanan cmtu...Baru tengok je da jijik..apatah lagi nk pegang & mjamahnya..Yuck!!
Korang pula ?? pernah tak teringin nk makan makanan yang eksotik (lain drpd yang lain) seperti gambar2 kat bawah ni..??

1. Balut


 
Balut ni  sejenis makanan yang terkenal di Filipina. Ia diperbuat dari telur itik yang disenyawakan hingga mempunyai embrio yang hampir cukup sifat dan kemudiannya akan direbus untuk dimakan. Katanya untuk meningkatkan tenaga batin..Betul ke camtu ??Kesian anak itik ni, belum sempat menetas da kena makan..Kejam sungguh !


2. Hasma

Korang nk tau sbenarnya Hasma ni adalah makanan yang dibuat dari ovari katak, atau lebih spesifik lagi, Tiub Fallopian katak jenis 'Wadam'. Penggemarnya Hasma akan memasaknya sebagai sup kerana ia dipercayai dapat menghangatkan badan di musim sejuk dan mencantikkan kulit. Korang yg nk mcantikkan kulit tu boleh la try hidangan ni..


3. Kopi Luwak

Kopi Luwak adalah antara kopi yang termahal di dunia. Ia adalah biji-biji kopi yang telah melalui sistem penghadaman spesies musang yang dipanggil Asian Palm Civet dan dikeluarkan semula dari bekas najis musang ini. Kopi ini sangat terkenal sampai ke luar negera. Bahkan di Amerika Syarikat, terdapat kafe yang menjual Kopi Luwak ataupun lebih dikenali sebagai Civet Coffee dengan harga yang cukup mahal. Kopi yang diambil dari najis Musang ini boleh mencapai harga AS$100 (anggaran RM332) per 450 gram.. Mahal tuuu...


4. Casu Marzu a.k.a Cheese Ulat

Dalam cheese ni ada serangga, larva, dan geng ulat-ulat comel yang hidup dengan cergas. Ulat-ulat dan serangga ni dimasukkan ke dalam cheese untuk meningkatkan kadar fermentasi (cara pembuatan cheese ni dipanggil penapaian a.k.a fermentasi). Cara ini akan memecahkan lemak dan menyedapkan lagi rasa cheese ni. Orang yang tak biasa makan cheese ni 100% akan cakap bau stoking yang tak terbasuh sebulan tu lagi sedap dari bau cheese ni.


5. Escamoles

Ini adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada larva semut besar yang boleh dijumpai di sekitar akar-akar tumbuhan dan daun berduri di sekitar Mexico. Masyarakat Mexico menganggap ia adalah sejenis makanan yang enak dan juga digelar sebagai kaviar serangga.


6. Tikus

Kalau kat negara kita, blambak tikus2 jijik yang berkeliaran kat tepi jalan tp tiada org yang hiraukan...Tp kat Taiwan & Vietnam tikus turut menjadi hidangan yang popular. Antara kaedah penyediaan termasuklah memanggang, grill, dibuat sup dan sebagainya.. Hidangan ini dianggap sebagai hidangan klasik dan dikatakan bahawa ia mempunyai khasiatnya yang tersendiri terutama untuk menguatkan tenaga batin dan merawat asma.





No comments:

Post a Comment

Copyright © PrinceSsVirGo09 - http://princessvirgo09.blogspot.com/